Lagi 2 hari kita semua umat islam akan menyambut kedatangan bulan Syawal,
hari itu, hari jumaat.
Arwah atuk diserang penyakit Strok.
Tiada siapa yang sedar sehinggalah pakcik agak lewat menyedari nya.
Arwah atuk dibawa ke hospital,
ditahan di dalam wad.
Hari sabtu,
sehari sebelum menyambut syawal.
Aku dan keluarga datang melawat arwah atuk di hospital.
sampai di sana,
saudara mara telah ramai berkumpul.
Sedih hati aku ketika melawat arwah atuk,
menitik air mata aku melihat keadaan arwah atuk.
kedua-dua lengan atuk penuh dengan kesan cucukan jarum.
sedih hati melihat keadaan arwah atuk,
terdetik hati aku supaya biarlah aku yang menanggung derita arwah atuk.
Makcik menyuruh aku mengambil wudhu' supaya boleh membaca surah Yasin.
Aku sedekahkan surah Yasin kepada arwah atuk.
Ya ALLAH,
Beruntung nya arwah atuk apabila anak-anak atuk berkumpul,
membaca Yasin,
Menjaga Atuk.
Petang itu,
abang dan sepupu telah menjaga atuk sementara saudara mara yang lain pulang sebentar.
sementara malam,
abang dan sepupu yang lain pula menjaga atuk,
menemani atuk malam itu.
Malam itu diadakan takbir rumah ke rumah,
rumah atuk menjadi rumah pertama.
selepas itu,
Saudara mara yang lain berkumpul di rumah atuk untuk membaca Yasin beramai-ramai untuk disedekahkan kepada atuk.
1 syawal,
Semua bersiap untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.
selesai solat sunat,
1 panggilan telah merubah segalanya.
Atuk dalam keadaan kritikal.
Semua saudara mara bergegas ke hospital untuk melihat keadaan atuk,
masing-masing membaca Yasin bergilir-gilir.
Alhamdulillah,
atuk masih lagi dalam keadaan tenang.
Aku menjaga atuk sehingga pagi hari raya ke-2.
membaca Yasin bergilir-gilir.
Pagi itu aku balik ke rumah dalam pukul 5.30 pagi.
sampai di rumah,
terus solat subuh,
menolong emak menyediakan nasi lemak.
kebiasaannya petang raya pertama,
semua saudara mara akan berkumpul di rumah aku,
menjamu selera dengan nasi lemak masakan emak.
tapi tahun ini,
emak bawa nasi lemak untuk menjamu saudara mara di hospital.
Malam itu,
abah dan abang pula menjaga atuk.
Pagi raya ke-3,
Seperti biasa semua saudara mara akan pergi ke hospital untuk melawat dan menjaga atuk.
selepas asar,
aku dan keluarga ingin pulang ke rumah.
sebelum itu,
kami sempat singgah ke rumah atuk saudara untuk berhari raya.
tidak sampai 5 minit kami di sana,
abah menerima satu panggilan dari saudara bahawa atuk kritikal.
kami segera ke hospital kembali.
sampai di hospital,
kami bertembung dengan sepupu di lobi hospital.
hanya perkataan ini yang keluar dari mulut sepupu ku,
"Atuk dah takde".
Tersentak hati aku.
segera kami ke wad atuk.
sampai di wad atuk,
semua saudara dah berkumpul.
aku pergi ke katil atuk,
atuk telah terbujur kaku ditutupi dengan kain selimut.
lemah longlai kaki aku melihat keadaan atuk.
abah menyelak selimut lalu mencium atuk.
aku pun sama,
aku cium dahi dan pipi atuk,
sejuk aku rasakan.
air mata bergenang melihat keadaan atuk.
aku sematkan di dalam hati,
"Ya ALLAH aku redha dengan kepemergian atuk ku.
Ya ALLAH, tempatkan lah atuk di kalangan orang-orang yang beriman,
orang-orang yang dijanjikan syurga untuk mereka."
Argghhh,
sampai di sini dahulu.
aku masih tak dapat menahan kesedihan dalam hati ini,
bergenang airmata ketika menulis cerita ini.
Aku, Guru & Kerjaya
12 years ago


